Tujuh Asas Memupuk Fikiran Positif.

July 30th, 2008 by phooart

Bagaimana nak berfikiran positif?

Sebenarnya, ia
senang di mulakan bila Anda sudah tahu asasnya. Pupuk pemikiran positif dengan…

1.
Bersangka Baik Dengan Sesiapa Saja.

Niatkan dalam hati,
Anda mahu baik dengan semua orang yang ada di sekeliling Anda.

2.
Tumpukan Pada Nilai-nilai Murni.

Walau siapa jua yang
Anda jumpa, yang Anda temui, bercakap dan berinteraksi, fokus pada sikap-sikap
baik yang Anda lihat ada pada dirinya.

3. Elak Emosi Negatif.

Jauhkan diri Anda
dari sikap pendengus, cepat marah, selalu sakit hati, asyik geram dan buruk
sangka.

Bila emosi-emosi
negatif ada (walaupun sedikit), ia akan menghalang Anda dari menjadi orang yang
berfikiran positif. Elak emosi-emosi negatif dari meresap masuk ke fikiran.

4.
Istighfar Serajin Mungkin, Seikhlas Mungkin, Sebanyak Mungkin.

Lafaz istighfar
dengan sepenuh hati dapat membuang segala emosi negatif yang bersarang di
minda.

Bila Anda sedar yang
Anda sudah berubah sedikit ke emosi negatif ataupun sudah mula bersangka buruk,
cepat-cepat istighfar.

Bila mendengar orang
lain memaki atau orang mengumpat, istighfar dalam hati. Sebab, perkataan buruk
yang Anda dengar akan mencetuskan banyak gelombang emosi negatif yang
mencemarkan pemikiran positif.

5.
Play More, More and More. Have Fun!.

Hiburkan hati,
dekatkan diri Anda dengan jenaka, lawak dan yang lucu-lucu. Ketawakan diri
sendiri bila buat silap, ia mengelak rasa tertekan.

Kesannya, Anda dapat
maintain fikiran positif. Selain tu, cuba
gembirakan diri.

Bila rasa gembira,
teruja dan seronok, Anda jadi lebih bermotivasi, lebih bersemangat!

6.
Jangan Ambil Kisah Cakapan Orang.

Biarkan saja mereka.
Buat saja, terus latih minda Anda supaya berfikiran positif dengan 5 langkah di
atas.

Terlalu banyak
mendengar komen orang akan menyusahkan diri sendiri, kerana bila situasi
negatif terjadi pada Anda (ditarik oleh pemikiran negatif), mereka hanya akan
mampu melihat. Mereka hanya akan mampu berasa kasihan.

Yang susah siapa?
Anda juga sebab ia terjadi pada Anda, bukan mereka.

7.
Elak Menyalahkan Orang, Situasi, Keadaan, Persekitaran, Benda.

Tetapi, salahkan
diri sendiri, sebab tak buat yang terbaik. Anda kali ni silap, tekad untuk buat
yang terbaik, lagi OK di masa akan datang.

Orang yang
berfikiran positif tak suka menyalahkansesiapa, menyalahkan situasi, keadaan,
persekitaran, mahupun benda. Dia mengkaji di mana silapnya, menganalisa lalu
mengambil inisiatif berubaha ke arah yang lebih baik.

Mungkin, hari ini
Anda silap. Mungkin Anda GAGAL. Mungkin Anda dah nak give up.

Siapa tahu, esok
mungkin hari yang cemerlang untuk Anda!

 

Taken from www.imotivasi.com (Thanks to Shueqry)

Untuk Berjaya Dalam Hidup

July 30th, 2008 by phooart

Untuk berjaya dalam
hidup, elak dari sekadar cakap-cakap
saja.

Sekadar cakapan dan
perancangan, semua orang boleh lakukan. Anda perlu fokus pada tindakan.

Untuk berjaya anda
perlu benar-benar tekad mahu berjaya dan
bersungguh-sungguh berusaha untuk berjaya, tak kira nak berjaya di sekolah
sebagai pelajar cemerlang, di institut pengajian tinggi, dalam kerjaya mahupun
perniagaan sendiri.

Usaha ke arah
kejayaan bermula di minda. Anda perlu terapkannya di dalam minda terlebih
dahulu.

Bayangkan setiap
hari Anda dah berjaya mencapai apa yang Anda
mahukan
. Bayangkan seolah-olah ia dah terjadi sekarang ini. Anda perlu
tahu apa yang Anda mahu!

Ulangi kemahuan itu setiap hari dan berfikir setiap hari bagaimana
Anda boleh berjaya dan dengan cara apa Anda boleh terus berjaya.

Lakukan dengan
istiqamah, komited, be consistent.

Kejayaan milik orang yang rajin berusaha, sabar
dan tabah berdepan dugaan.

 

Taken from www.imotivasi.com (Thanks to Shueqry)

Siapa Dia Manusia Yang Hebat?

July 30th, 2008 by phooart

Manusia yang hebat
adalah manusia yang sentiasa berfikir secara kreatif dan kritis untuk
menghasilkan sesuatu yang luar biasa. Dia akan menjadi bertambah hebat apabila
dia kuat berusaha dan melaksanakan apa
yang dirancang olehnya.

Manusia hebat
menumpukan lebih banyak masa pada usaha, usaha
dan usaha
.

Bila dikriktik, mereka diam saja. Dalam pada itu, terus
berusaha, bekerja kuat, sekuat yang mungkin, serajin yang mungkin, menumpu
kepada proses pencapaian matlamat mereka.

Bila orang lain
mengata dan memburuk-burukkan pencapaian manusia-manusia hebat ini, bagai
menyiram air ke daun keladi. Bahkan, mereka menjadi lebih hebat lagi!

Kehebatan milik
sesiapa jua yang rajin berusaha tanpa
mengenal penat lelah.

Lance Armstrong,
Anthony Robbins, Irfan Khairi, Amit Agarwal, Dr Sheikh Muszaphar, Siti
Nurhaliza adalah contoh manusia-manusia hebat. Mereka adalah yang terbaik dalam
bidang masing-masing.

Mereka adalah contoh
terbaik insan yang kuat bekerja, dengan
usaha yang hebat juga.

Adakah usaha Anda
setakat ini sudah hebat? Atau masih sederhana?

Jika belum, ubah
diri menjadi hebat seperti mereka, rajin seperti mereka dan dahagakan kejayaan
seperti mereka!

Live Smart and Live
Strong.

 

Taken from www.imotivasi.com (Thanks to Shueqry)

Hidup Ini Mencabar Tapi Pasti Ada Cara Memenanginya

July 30th, 2008 by phooart

Hidup ini
sememangnya mencabar. Tapi, bagi setiap
cabaran, mesti ada cara nak memenanginya.

Andai kita
menganggap life is hard maka itulah yang menjadi mindset yang diserap oleh
minda separa sedar kita.

Bila dalam fikiran
suda terserap life is hard (hidup ini sukar) maka semua yang lakukan akan jadi
sukar. Kesannya, Anda jadi tertekan, kurang bermotivasi serta lebih cenderung
menyalahkan takdir.

Semua yang keras,
pasti ada cara melembutkannya.

Anda ada yang susah,
mesti ada cara menukarkannya menjadi senang. Semua yang senang, pasti ada cara
menjadikannya lebih senang dari senang yang biasa.

Untuk menjadikan
Anda seorang pemenang berdepan dengan cabaran hidup, perlu ada ‘power’.

Power ni datang dari
beberapa sumber, antaranya ilmu pengetahuan,
semangat yang tinggi dan inspirasi yang tak pernah putus
. Lebih banyak
sumber ni dikumpul, maka semakin power, semakin energetik Anda jadinya.

Ramai orang berkata,
knowledge is power. Itu betul, bahkan telah dibuktikan oleh orang-orang berjaya
sebelum ni.

Mereka berjaya
kerana mengaplikasikan apa yang mereka tahu. Seperti mereka, Anda juga menjadi
lebih power bila mengaplikasikan apa yang Anda tahu.

Selain
mengaplikasikan ilmu, Anda boleh berubah menjadi semakin power bila bersemangat tinggi, disamping membara dengan
inspirasi setiap masa, setiap kali Anda bernafas bukan setakat sehari dua. Ini
cara untuk memenangi cabaran hidup.

Masalah, emosi down,
perbalahan, pertengkaran, kesilapan dan kegagalan tetap akan muncul dalam
proses kita menempuh cabaran. Tetapi, itu semua sementara.

Lama-kelamaan, semua
yang sementara akan menghilang dan sesuatu yang lain akan menggantikan
tempatnya, dengan syarat Anda mesti sanggup
berubah
terlebih dahulu.

Bukan mahu, tapi mesti berubah!

Pandang hidup ini
dari sudut yang positif. Cabaran membentuk Anda menjadi seorang yang kuat. Kuat
di minda, emosi dan rohani.

Serap masalah
menjadi cabaran lalu tukarkan ia menjadi sesuatu yang positif. Berfikiran positif membolehkan diri Anda memenangi
cabaran tu lalu menggenggam kejayaan di akhir garisan.

Dalam sejarah tak
pernah ada orang berfikiran negatif menang setelah berdepan cabaran, semuanya
kecundang.

Jadi, sematkan dalam
hati, Anda tekad, BERANI berubah untuk
kecemerlangan hidup!

 

Pasted
from www.imotivasi.com (Thanks to Shueqry)

Buat Yang Terbaik

July 30th, 2008 by phooart

Walau apa jua yang
kita lakukan dan apa jua yang kita usahakan, buat yang terbaik.

Kerana, hanya orang
berjaya saja sanggup buat yang terbaik tak kira betapa susah ia dilaksanakan .

Jika Anda mahu
berjaya, usahakan untuk buat yang terbaik, bahkan yang lebih baik dari
sebelumnya.

Bukan yang ala
kadar, bukan yang main lepas tangan.

Jika Anda seorang
pelajar, jadilah seorang pelajar yang terbaik.

Bak kata orang
puteh, be the best that you can be, as best as you can!.

Jika Anda seorang
guru, jadilah guru yang terbaik, yang paling cemerlang di kalangan guru-guru
seangkatan Anda. Mengapa perlu jadi yang terbaik?

Sebab, di situ akan ada kejayaan.

Hanya orang yang
kuat berusaha saja merasai kemanisannya mengecap kejayaan.

Sebenarnya kita tak
ada had, we have no limits.

Minda kita mampu
melakukan apa saja dan mampu menaakul apa saja, asal kita memasukkan sebanyak
mungkin input ke dalamnya satu persatu.

Semuanya
hanya terbatas oleh imaginasi.

Kita ni yang selalu
meletakkan had. Kita sendiri yang kata, tak boleh buat tu, tak boleh buat ni.

Kekadang, timbul
kesangsian. Contohnya, bolehkan aku buat ni?

Ada hasil ka?
Berkesan ka? Boleh jalan ka? Ish, boleh ka?

Untuk memotivasikan
diri, berusaha buat yang terbaik dalam
apa jua yang Anda lakukan.

Jika Anda seorang
blogger, jadilah seorang blogger yang terbaik.

Jika Anda seorang
ayah, jadilah ayah yang terbaik.

Jika Anda seorang
pekerja, jadilah pekerja yang terbaik.

Kita rugi menjadi
orang biasa, sebab hidup ini terlalu singkat untuk di nikmati seandainya kita
biasa-biasa.

Pilih untuk menjadi
orang yang luarbiasa, sanggup buat yang terbaik dan berani memotivasikan diri
supaya menjadi yang terbaik!

Be the best that you
can be!

 

Taken from www.imotivasi.com (Thanks to Shueqry)

Biasa atau Luar Biasa?

July 30th, 2008 by phooart

Orang biasa, sekadar melakukan perkara
biasa-biasa kerana pemikiran mereka membuat mereka sanggup melakukan perkara
biasa saja, bukan yang luar biasa. Mereka selalunya :

1. Sentiasa mahu
selesa, selamat, tetap.

2. Sentiasa mahu
senang dan bermalas-malasan

3. Seringkali
mencari jalan mudah atau ’shortcut’

4. Mengelak dari
kesakitan, kegagalan dan seboleh mungkin, tak mahu terlibat dengan
perkara-perkara yang menggagalkan. Sebab mereka rasa ia cukup menyusahkan!

5. Melihat orang
lain dengan penuh kejengkekan, rasa meluat dan sakit hati.

Orang luar biasa, sanggup melakukan perkara
yang luar biasa, lain dari kebiasaan yang normal. Golonagn sebegini hanya ada
sedikit di kalangan kita dan senang di kenal pasti kerana mereka :

1. Sanggup set
matlamat yang berada di luar jangkauan mereka sendiri.

2. Sanggup bekerja
kuat dua kali ganda.

3. Sanggup bersusah
payah, kerana mereka mahu susah dahulu, senang  kemudian.

4. Sanggup berdepan
dengan kesakitan, kesusahan, kegagalan.

5. Melihat sesiapa
saja dengan penuh kagum, walaup macik cleaner sekalipun

6. Sentiasa
membandingkan dirinya dengan orang yang lebih luar biasa, tetapi tidak akan
sesekali membandingkan dirinya dengan orang biasa.

7. Tabah berdepan
dengan kritikan dan kata-kata nista.

8. Ekstreme,
melakukan sesuatu lebih banyak dari yang dilakukan oleh ramai orang.

Satu lagi, orang
luar biasa berani gagal berani bangkit dari kegagalan, walau mereka boleh rugi
berjuta ringgit..

Anda yang mana satu?
Biasa atau luar biasa? Tanya diri Anda.

Jika merasa diri
masih tergolong dalam kategori orang biasa, ubah menjadi orang luar biasa hari
ini juga! Hidupkan semangat bermula dalam diri jiwa Anda..

 

Taken from www.imotivasi.com (Thanks to Shueqry)

August 29th, 2006 by phooart

31 OGOS…

MERDEKA!

MERDEKA!

MERDEKA!

BARU-BARU NI AKU TENGOK
CITER LT.ADNAN YANG DIMAINKAN DI TV2. MEMANG DAH BANYAK KALI TENGOK CITER TU.
CITER TU MEMBANGKITKAN NOSTALGIA SEBAB SUATU MASA DAHULU… WAKTU CITER TU MULA-MULA
KELUAR DULU, AKU TELAH MENONTON CITER TU DENGAN ‘SESEORANG’… SUATU MASA DULU…
HMM…KENANGAN TERINDAH MASA TUH..

ANYWAY, BUKAN TU YANG NAK
AKU TULIS DI SINI… KITA TENGOK CITER TU, TAPI TAK SEMUA DI ANTARA KITA YANG
FAHAM ERTI KEMERDEKAAN. KALAU TANYA DIRI AKU SENDIRI PUN, BELUM TENTU PASTI
BETUL JAWAPANNYA..

MENONTON CERITA TU BUAT AKU
SEDAR, BETAPA BANYAK DAN BESARNYA PENGORBANAN PEJUANG-PEJUANG DAN WIRA-WIRA
KEMERDEKAAN UNTUK MEMBEBASKAN NEGARA NI DARIPADA TERUS DIBELENGGU PENJAJAH.
HAKIKATNYA, KITA SEMUA PERLU SEDAR DAN INGAT BAHAWA KEMERDEKAAN, KEAMANAN, DAN SEGALA
KEMAJUAN YANG KITA ADA SEKARANG, ADALAH HASIL USAHA PEMIMPIN-PEMIMPIN DAN
TOKOH-TOKOH YANG BERJUANG SEBELUM INI.

TAPI APA YANG TELAH KITA
SENDIRI SUMBANGKAN DALAM MEMPERTAHANKAN KEMERDEKAAN YANG KITA  ADA SEKARANG?

AKU BUKANLAH SEORANG TENTERA
YANG MAMPU BERTEMPUR DI MEDAN PERANG…AKU JUGA BUKAN SEORANG PEMIMPIN YANG MAMPU
MENGUBAH DUNIA, AKU SEORANG INSAN BIASA YANG HIDUPNYA PUN BELUM TENTU MASA
DEPANNYA. TAPI AKU MASIH ADA
SEMANGAT SAYANGKAN NEGARA DAN KEMERDEKAANNYA. AKU TERFIKIR, APAKAH KEMERDEKAAN
YANG KITA ADA
SEKARANG, AKAN BERTAHAN UNTUK SELAMANYA..??

SEKARANG NI PUN, APA YANG
KITA LIHAT, PEMIMPIN BANYAK YANG BERLAINAN HALUANNYA, BERCANGGAH PENDAPATNYA,
SAMPAI KITA SEBAGAI RAKYAT TAK TAHU APA SEBENARNYA YANG MEREKA INGINKAN UNTUK
NEGARA…SEDANGKAN ANASIR-ANASIR LUAR SEMAKIN BANYAK YANG CUBA MEMPENGARUHI MINDA
DAN PEMIKIRAN KITA. SEHINGGA MEMUSNAHKAN KEPERCAYAAN DAN SEMANGAT KITA UNTUK
SAYANGKAN TANAHAIR.

MUNGKIN IA SATU BENTUK
PENJAJAHAN YANG KITA SENDIRI TIDAK SEDARI. APAKAH ADA JALANNYA UNTUK MENYATUKAN KEMBALI
SEMANGAT DAN KEPIMPINAN NEGARA AGAR TERUS MEMPERTAHANKAN KEMERDEKAAN KITA?

BIARLAH KITA SAMA-SAMA
MENGHAYATI ERTI KEMERDEKAAN INI, MERDEKAKAN PEMIKIRAN KITA AGAR KITA SEDAR,
BAHAWA KEMERDEKAAN YANG KITA ADA KINI, BELUM TENTU JAMINANNYA UNTUK TERUS
KEKAL, DAN TIDAK MUSTAHIL SATU MASA NANTI KITA BOLEH DIJAJAH LAGI, DIPEKULIKAN
LAGI.. DAN JIKA ITU BERLAKU, KE MANA HALA TUJUAN KITA? BERKORBAN UNTUK
MEMPERTAHANKAN NEGARA? ATAU SEKADAR MENJADI HAMBA DAN BARUA KEPADA MEREKA YANG BERGELAR PENJAJAH??

 

Biarkan Berlalu

May 21st, 2006 by phooart

Last night when i was about to sleep on my comfy duvet, i received an sms that awaken me temporarily to have thoughts on biarkan berlalu..

The pasted sms goes - dh tdo?Huhu, aku tgh tgk gamba2 mase kt shef dulu.Huhu bestnye shef.I wish i could turn back time.Uwaa sebak2. - end

Although the message is very short but it’s so meaningful to the extend that i can feel the sweet and sour of the memories i made in the UK. i read the message several time before i decided what to reply. Actually the same thing applied to me each time i browse through every capture on my PC. i ve been thinking what is so special about being and living in Sheffield for 3 years that made me so attach to it.. the memory in UK is just so beautiful!

Probably it’s a strange country that made us bonded strongly together. and to do many things together with joy and happiness without realising that we will be so far away apart from each other very soon. i appreciated every minute and second the moment i were there. The very fact is that we create memory without we realise it and it goes on and on.

People come people go and new surrounding also come and go. People die every second and new born baby popup every now and then. The best thing is to let what had past pass forever and dont bother about it anymore. These pictures of living humans and creatures are just something to ponder.. what benefit can we gain other than to remind ourselves of the past time we’ve gone through.. yet people still taking photos including myself… for the sake of letting the memories remain.

One thing for sure is that - kenangan yg manis itu indah tetapi ia sangat pahit untuk dikenang.. aka jangan dikenang.. biarkan berlalu..

By: Rosman Abdul Rahim

My Humps

May 18th, 2006 by phooart

What you gon’ do with all that junk?
All that junk inside your trunk?
I’ma get, get, get, get, you drunk,
Get you love drunk off my hump.
My hump, my hump, my hump, my hump, my hump,
My hump, my hump, my hump, my lovely little lumps. (Check it out)

I drive these brothers crazy,
I do it on the daily,
They treat me really nicely,
They buy me all these ice-ys.
Dolce & Gabbana,
Fendi and then Donna
Karan, they be sharin’
All their money got me wearin’
Fly gearrr but I ain’t askin,
They say they love my ass ‘n,
Se7en Jeans, True Religion,
I say no, but they keep givin’
So I keep on takin’
And no I ain’t taken
We can keep on datin’
I keep on demonstrating.

My love, my love, my love, my love
You love my lady lumps,
My hump, my hump, my hump,
My humps they got u,
She’s got me spending.
(Oh) Spendin’ all your money on me and spending time on me.
She’s got me spendin’.
(Oh) Spendin’ all your money on me, on me, on me

What you gon’ do with all that junk?
All that junk inside that trunk?
I’ma get, get, get, get, you drunk,
Get you love drunk off my hump.
What u gon’ do with all that ass?
All that ass inside them jeans?
I’m a make, make, make, make you scream
Make u scream, make you scream.
Cos of my hump, my hump, my hump, my hump.
My hump, my hump, my hump, my lovely lady lumps. (Check it out)

I met a girl down at the disco.
She said hey, hey, hey yea let’s go.
I could be your baby, you can be my honey
Lets spend time not money.
I mix your milk wit my cocoa puff,
Milky, milky cocoa,
Mix your milk with my cocoa puff, milky, milky riiiiiiight.

They say I’m really sexy,
The boys they wanna sex me.
They always standing next to me,
Always dancing next to me,
Tryin’ a feel my hump, hump.
Lookin’ at my lump, lump.
U can look but you can’t touch it,
If u touch it I’ma start some drama,
You don’t want no drama,
No, no drama, no, no, no, no drama
So don’t pull on my hand boy,
You ain’t my man, boy,
I’m just tryn’a dance boy,
And move my hump.

My hump, my hump, my hump, my hump,
My hump, my hump, my hump, my hump, my hump, my hump.
My lovely lady lumps x3
In the back and in the front.
My lovin’ got u,
She’s got me spendin’.
(Oh) Spendin’ all your money on me and spending time on me.
She’s got me spendin’.
(Oh) Spendin’ all your money on me, on me, on me.

What you gon do with all that junk?
All that junk inside that trunk?
I’ma get, get, get, get you drunk,
Get you love drunk off this hump.
What you gon’ do wit all that breast?
All that breast inside that shirt?
I’ma make, make, make, make you work
Make you work, work, make you work.
She’s got me spendin’.
Spendin all your money on me and spendin’ time on me
She’s got me spendin’.
Spendin’ all your money on me, on me, on me.

DEALOVA

May 4th, 2006 by phooart

Lirik lagu ni sangat puitis.Aku suka lagu ni. Seperti filemnye juga, dealova membawa ertinya tersendiri tanpa mengandungi istilah atau makna dalam mana2 kamus.

Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu
Karena langkah beratku tanpa dirimu
Karena hatinya getir…

Aku ingin menjadi sesuatu yang selalu bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu bahwa aku selalu memujamu
Tanpamu sepinya waktu merangkai hati
O…bayangmu seakan-akan…

Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang memanggil
Rinduku padamu…
O… seperti udara yang kuhela
Kau selalu ada

Hanya dirimu yang bisa membuatku tenang
Tanpa dirimu aku merasa hilang…
Dan sepi…
Dan sepi…