Siapa Dia Manusia Yang Hebat?

Manusia yang hebat
adalah manusia yang sentiasa berfikir secara kreatif dan kritis untuk
menghasilkan sesuatu yang luar biasa. Dia akan menjadi bertambah hebat apabila
dia kuat berusaha dan melaksanakan apa
yang dirancang olehnya.

Manusia hebat
menumpukan lebih banyak masa pada usaha, usaha
dan usaha
.

Bila dikriktik, mereka diam saja. Dalam pada itu, terus
berusaha, bekerja kuat, sekuat yang mungkin, serajin yang mungkin, menumpu
kepada proses pencapaian matlamat mereka.

Bila orang lain
mengata dan memburuk-burukkan pencapaian manusia-manusia hebat ini, bagai
menyiram air ke daun keladi. Bahkan, mereka menjadi lebih hebat lagi!

Kehebatan milik
sesiapa jua yang rajin berusaha tanpa
mengenal penat lelah.

Lance Armstrong,
Anthony Robbins, Irfan Khairi, Amit Agarwal, Dr Sheikh Muszaphar, Siti
Nurhaliza adalah contoh manusia-manusia hebat. Mereka adalah yang terbaik dalam
bidang masing-masing.

Mereka adalah contoh
terbaik insan yang kuat bekerja, dengan
usaha yang hebat juga.

Adakah usaha Anda
setakat ini sudah hebat? Atau masih sederhana?

Jika belum, ubah
diri menjadi hebat seperti mereka, rajin seperti mereka dan dahagakan kejayaan
seperti mereka!

Live Smart and Live
Strong.

 

Taken from www.imotivasi.com (Thanks to Shueqry)

Leave a Reply