Tujuh Asas Memupuk Fikiran Positif.
Bagaimana nak berfikiran positif?
Sebenarnya, ia
senang di mulakan bila Anda sudah tahu asasnya. Pupuk pemikiran positif dengan…
1.
Bersangka Baik Dengan Sesiapa Saja.
Niatkan dalam hati,
Anda mahu baik dengan semua orang yang ada di sekeliling Anda.
2.
Tumpukan Pada Nilai-nilai Murni.
Walau siapa jua yang
Anda jumpa, yang Anda temui, bercakap dan berinteraksi, fokus pada sikap-sikap
baik yang Anda lihat ada pada dirinya.
3. Elak Emosi Negatif.
Jauhkan diri Anda
dari sikap pendengus, cepat marah, selalu sakit hati, asyik geram dan buruk
sangka.
Bila emosi-emosi
negatif ada (walaupun sedikit), ia akan menghalang Anda dari menjadi orang yang
berfikiran positif. Elak emosi-emosi negatif dari meresap masuk ke fikiran.
4.
Istighfar Serajin Mungkin, Seikhlas Mungkin, Sebanyak Mungkin.
Lafaz istighfar
dengan sepenuh hati dapat membuang segala emosi negatif yang bersarang di
minda.
Bila Anda sedar yang
Anda sudah berubah sedikit ke emosi negatif ataupun sudah mula bersangka buruk,
cepat-cepat istighfar.
Bila mendengar orang
lain memaki atau orang mengumpat, istighfar dalam hati. Sebab, perkataan buruk
yang Anda dengar akan mencetuskan banyak gelombang emosi negatif yang
mencemarkan pemikiran positif.
5.
Play More, More and More. Have Fun!.
Hiburkan hati,
dekatkan diri Anda dengan jenaka, lawak dan yang lucu-lucu. Ketawakan diri
sendiri bila buat silap, ia mengelak rasa tertekan.
Kesannya, Anda dapat
maintain fikiran positif. Selain tu, cuba
gembirakan diri.
Bila rasa gembira,
teruja dan seronok, Anda jadi lebih bermotivasi, lebih bersemangat!
6.
Jangan Ambil Kisah Cakapan Orang.
Biarkan saja mereka.
Buat saja, terus latih minda Anda supaya berfikiran positif dengan 5 langkah di
atas.
Terlalu banyak
mendengar komen orang akan menyusahkan diri sendiri, kerana bila situasi
negatif terjadi pada Anda (ditarik oleh pemikiran negatif), mereka hanya akan
mampu melihat. Mereka hanya akan mampu berasa kasihan.
Yang susah siapa?
Anda juga sebab ia terjadi pada Anda, bukan mereka.
7.
Elak Menyalahkan Orang, Situasi, Keadaan, Persekitaran, Benda.
Tetapi, salahkan
diri sendiri, sebab tak buat yang terbaik. Anda kali ni silap, tekad untuk buat
yang terbaik, lagi OK di masa akan datang.
Orang yang
berfikiran positif tak suka menyalahkansesiapa, menyalahkan situasi, keadaan,
persekitaran, mahupun benda. Dia mengkaji di mana silapnya, menganalisa lalu
mengambil inisiatif berubaha ke arah yang lebih baik.
Mungkin, hari ini
Anda silap. Mungkin Anda GAGAL. Mungkin Anda dah nak give up.
Siapa tahu, esok
mungkin hari yang cemerlang untuk Anda!
Taken from www.imotivasi.com (Thanks to Shueqry)