Untuk Berjaya Dalam Hidup

Untuk berjaya dalam
hidup, elak dari sekadar cakap-cakap
saja.

Sekadar cakapan dan
perancangan, semua orang boleh lakukan. Anda perlu fokus pada tindakan.

Untuk berjaya anda
perlu benar-benar tekad mahu berjaya dan
bersungguh-sungguh berusaha untuk berjaya, tak kira nak berjaya di sekolah
sebagai pelajar cemerlang, di institut pengajian tinggi, dalam kerjaya mahupun
perniagaan sendiri.

Usaha ke arah
kejayaan bermula di minda. Anda perlu terapkannya di dalam minda terlebih
dahulu.

Bayangkan setiap
hari Anda dah berjaya mencapai apa yang Anda
mahukan
. Bayangkan seolah-olah ia dah terjadi sekarang ini. Anda perlu
tahu apa yang Anda mahu!

Ulangi kemahuan itu setiap hari dan berfikir setiap hari bagaimana
Anda boleh berjaya dan dengan cara apa Anda boleh terus berjaya.

Lakukan dengan
istiqamah, komited, be consistent.

Kejayaan milik orang yang rajin berusaha, sabar
dan tabah berdepan dugaan.

 

Taken from www.imotivasi.com (Thanks to Shueqry)

Leave a Reply